Ikhlas..
Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi
pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita
inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila
kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat
membela kita pada hari pembalasan kelak.
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat
sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak
kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah.
Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit ‘chicken
pox’ dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar
kita ini ikhlas.
Antaranya :-
1. Kita takutkan
sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa
hati apabila usaha kita dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa
bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa
menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab
dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam
berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan
diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam
organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan
menyumbang.
9. Menjadi pemimpin
atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah
gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud
tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi
dari Allah)
Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan.
Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan
diri kita sendiri bersih dari sifat ria’, taajub, takabbur dan
seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya
baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka
sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan
mati di medan
peperangan.
Walaubagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak
layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan
hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan
yang baik atau sebaliknya. Sama-samalah kita berdoa: Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela
kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah
kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami
ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan
di dalam urusan ini keazaman di dalam hidayah tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu mensyukuri Engkau baik ibadat kepadaMu.
No comments:
Post a Comment