Tuesday, April 16, 2013

~Ujian Allah terhadap Hamba-Nya~



Dialog Santai Skizofrenia
Create By Sakinah Consultant


Skizofernia ialah sejenis penyakit mental yang dicirikan dengan gangguan fikiran seperti mendengar suara-suara ghaib (halusinasi), syak wasangka dan mempunyai kepercayaan yang salah tentang sesuatu perkara (delusi) dan kegagalan berfungsi dalam kehidupan seharian. Berikut adalah perbualan antara psikiatris dengan pesakit  yang mengidapi skizofernia.


Psikiatris:     Saya mintak maaf kerana perlu memberitahu yang tuan  menghidapi sejenis penyakit mental yang dikenali  sebagai skizofernia. Apa yang tuan tahu tentang penyakit skizofernia?

Pesakit:        Saya tidak tahu. Saya tidak pernah mendengar apa  itu 
                   skiz..zo..fre..nia..?

Psikiatris:      Skizofrenia ialah sejenis penyakit yang menyebabkan  berlakunya kecelaruan fikiran, emosi dan tingkah laku. Penyakit ini tidak banyak berbeza dengan penyakit-penyakit lain yang kita pernah dengar  penyakit darah tinggi dan kencing manis.  Apabila kita menghidapi skizofrenia kita mendengar suara-suara ghaib, mengesayaki yang bukan-bukan pada rakan dan jiran kita, emosi kita menjadi resah, takut, bimbang dan tingkah laku kita menjadi tidak  terurus.

Pesakit:        Teruk benarkah saya, doktor ? (risau)

Psikiatris:      Tuan kelihatan bimbang. Boleh beritahu saya apa yang 
                    membimbangkan tuan?

Pesakit:         Saya rasa teruk benar kerana saya menghidapi penyakit mental. Bagi mendengar orang yang mengatakan saya gila adalah sesuatu yang langsung  tidak dapat saya terima.

Psikiatris:      Mengapakah tuan merasa demikian (meminta penjelasan)

Pesakit:        Sebab doktor saya diluar memberitahu saya penyakit mental tidak dapat disembuhkan. Saya bimbang tidak dapat bekerja apa akan terjadi kepada keluarga saya?

Psikiatris:      Saya faham keprihatinan tuan. Apa lagi perkara yang 
                   membimbangkan tuan?

Pesakit:        Doktor ada memberitahu saya terpaksa mengambil ubat  sepanjang hidup saya. Saya bimbang apa yang akan berlaku jika saya mengambil dalam jangka masa yang lama…dan apa kesudahannya kita mampu fahami menerusi filem yang diadaptasi dari sebuah novel “Beautiful of Mind” dan ia merupakan satu kisah yang benar-benar berlaku.

Rujukan: Mohd Jamil Yaacob. Komunikasi Kesihatan Berkesan. 2011.Selangor: PTS  PROFESSIONAL PUBLISHING.SDN.BHD

JOM KITA HAYATI “SKIZOFRENIA” MENERUSI NUKILAN YANG DISEDIAKAN OLEH SAKINAH CONSULTANT…EPISOD SETERUSNYA….nantikan

No comments:

Post a Comment